Aqilah Mustafa :')

Awak, start saya usha awak kita chat kt im sungguh happy tiada pergaduhan kan? Saya rindu saat itu. Seronok bila chat bersama awak tanpa ada gaduh atau selisih paham. Memang saya tak dapat nafikan yang saya telah jatuh cinta pada awak masa itu. Tanpa mendiamkan diri, saya luahkan perasaan dengan tanpa rasa malu terhadap awak kerana saya ingin sangat serious bersama awak dan jadi peneman hidup saya.

Awak, tiada seindah kata yang saya mampu ungkapkan. Hanya saya mahu awak tahu, saya benar-benar mencintai awak setulus hati saya ini. Kita bahagia dalam beberapa hari sahaja kan? Selepas itu sudah mula ada gaduh dan salah paham antara kita berdua. Saya sedih awak bila kita bergaduh. Setiap kali kita gaduh, saya mesti akan buat kerja bodoh seperti hentak kepala di dinding bilik saya, conteng nama awak di buku, dan menjerit nama awak sepuas hati saya. Awak nak tahu kenapa saya buat semua itu? Saya lakukan semua itu kerana saya benar-benar ingin memiliki awak sepenuh hati saya.

Sekarang hanya awak bertakhta di hati saya dan tiada perganti awak buat masa kini. Saya hanya mampu mengharapkan yang terbaik untuk awak. Saya ingin awak bahagia tetapi saya tidak tahu sama ada saya mampu memberikan kebahagian secukupnya untuk awak. Memang saya banyak buat silap dalam hubungan kita sampaikan kita sudah putus banyak kali kan? Saya silap awak, saya mintak maaf sangat-sangat. Tapi saya tak dapat menipu diri saya yang saya memang sentiasa akan mencintai awak. Saya tidak bisa hidup tanpa awak, saya perlukan awak di sisi saya dan saya ingin sangat awak menjadi teman hidup saya sementara saya masih ada di dalam dunia yang nyata ini.

Awak, di sini saya mahu memberitahu bahawa saya hanya cintakan awak seorang dan saya amat perlukan awak selalu dan setiap hari di dalam hidup saya. Saya tak boleh melepaskan awak dan tiada perkataan benci atau ingin membuang awak dalam hidup saya. Niat saya hanya mahu bahagiakan awak dan membuat awak berasa bermakna bila bersama saya. Insyallah saya akan berikan yang terbaik untuk diri awak. Awak, percaya laa pada saya, sejahat mana diri saya ini tetapi hati saya hanya tetap ingin memiliki awak dan mencintai diri awak. Saya teramat cintakan awak Aqilah Mustafa :')