Kau dah berubah :')

Hi assalamualaikum. Di sini saya ingin meluahkan perasaan pada Capital Q.
Awak, saya tahu saya tak sehebat mana dan saya juga tiada apa-apa yang boleh mebahagiakan awak, tetapi saya hanya mampu memberikan cinta dengan setulus hati saya. Tetapi saya tertanya-tanya, saya mula sedar awak telah berubah sejak last kita jumpa.

Kalau dulu awak akan suruh saya datang ke tempat awak walaupun tempat saya dengan awak tak berapa jauh, awak mesti suruh saya datang tak mengikut waktu. Di sebabkan saya terlalu cintakan awak, saya sanggup bekorban pergi ke tempat awak dengan berjalan kaki walaupun saya rasa penat dan letih tambah pula saya ada penyakit, saya tidak hiraukan semua tu. Yang saya mahu, saya selamat datang dan berada di depan mata awak supaya awak akan gembira dengan kehadiran saya ke tempat awak.

Macam-macam harapan awak bagi kt saya. Saya sanggup tunggu awak cuti sebab awak ada cakap kalau awak cuti nanti kita hang bersama kan? Perkara ni dah lama berlalu awak, tetapi saya masih tertanya sampai sekarang kita tidak jumpa lagi. Masa kita couple, saya tahu saya tiada handphone untuk contact awak tetapi saya cuba sedaya upaya dengan apa cara sekali pun untuk contact dengan awak walaupun saya hanya dapat send ' Hi, please call me back' pada awak. Itu dah cukup untuk awak tahu yang saya berada dalam keadaan sihat dan tiada pape berlaku pada saya. Awak jugak pernah cakap yang awak ingin berikan saya handphone dan simcard, walaupun handphone itu tidak canggih, tetapi saya harap jika saya dapat handphone, senang untuk kita contact. Saya tak mintak semua itu, tetapi awak tetap nak bagi.

Dari situu saya boleh nampak yang awak serious dengan saya. Demi untuk hang bersama awak, saya sanggup menunggu awak cuti dan saya sanggup menipu kedua orang tua saya hanya semata nak jaga hati awak dan tanak ketepikan awak. Saya buat semua tu sebab saya terlalu cintakan awak, sampai saya bergaduh dengan parents saya hanya demi untuk berjumpa dan luangkan masa bersama awak. Tetapi makin lama awak makin berubah, hati saya mula rasa curiga pada diri awak. Cara awak, sikap awak dan segalanya pasal awak tidak sama macam awak yang pernah saya kenal mula-mula.

Awak, saya happy bila dapat berjumpa awak walaupun dalam keadaan yang tidak berapa sihat menahan kepedihan apa yang terjadi pada penyakit saya ini, tetapi dengan satu senyuman awak, itu sudah cukup untuk tenangkan hati saya. Saya sentiasa ingat semua kenangan kita bersama awak. Tetapi kenapa secara tetiba sifat dan sikap awak makin berubah? Saya rindu pada awak, saya nak sangat jumpa awak dan pada satu masa saya ajak awak berjumpa tetapi awak cakap awak kerja. Dan bila awak dapat cuti, saya ajak jumpa jugak tetapi awak tanak. Hati saya sedih bila awak buat begituu. Saya merasakan diri saya ni tidak penting lagi dalam hidup awak. Saya rasa awak tidak memerlukan saya lagi. Saya menangis, menahan rindu, menahan sakit dan menahan apa yang terjadi dalam hubungan kita, tetapi saya tidak tahu sama ada awak fikir saya di sini atau pun tidak. Saya selalu memkirkan diri awak, saya risau sangat kt awak.

Dan tiba satu masa secara tiba-tiba, awak ingin meninggalkan saya dan awak berkata bahawa awak ingin kita berdua mejadi kawan sahaja. Pada masa tu hati saya terus tersentap bila awak berkata begitu, air mata mengalir tanpa berhenti. Bila saya tanya kenapa, awak jawab tidak tahu. Saya memaksa diri awak untuk jujur dengan saya, akhirnya awak membuat pengakuan yang awak ada teman lelaki lain padahal hubungan awak dengan lelaki itu sudah setahun. Saya merasakan diri saya ni di perbodohkan, saya tidak dapat terima semua itu. Kenapa mesti saya menjadi mangsa untuk awak mainkan perasaan lelaki? Tanpa memikir kan benda lain, saya merayu pada awak supaya awak tidak meninggalkan diri saya. Tetapi awak tetap dengan keputusan awak. Dan masa itu jugak impian saya semuanya musnah. Awak dah lukakan hati saya dan awak jugak telah hancurkan perasaan cinta saya terhadap awak.

Saya tidak menyangka yang awak akan buat macam tu pada saya. Saya ingat awak tidak sama macam perempuan yang saya pernah kenal sebelum-sebelum ini. Tetapi awak juga mainkan perasaan saya, awak buat saya seolah-olah macam patung yang tiada hati dan perasaan. Memang susah untuk saya melepaskan orang yang saya cinta. Dan terbukti sampai ke hari ini, perasaan cinta saya pada awak masih belum pudar dan saya menantikan cinta yang tulus pada diri awak. Saya banyak mengharap pada awak. Yaa, akhirnyaa hati awak terbuka untuk menerima saya kembali, tetapi saya tidak tahu sama ada awak sudah berubah atau pun awak akan lakukan benda yang sama. Saya confuse dengan semua ni --' saya tidak dapat mengatakan apa-apa selain cinta dan sayang terhadap diri awak. Percaya laa awak, memang susah untuk kita mencari orang yang benar-benar mencintai diri kita. Tetapi jika sekali kita pergunakannya, mungkin tiada lagi perluang kedua untuk kita dapat orang yang sepertinya.

Dengan sepenuh hati saya luahkan, saya teramat cinta dan sayang pada awak :'(